Selepas kehadiran ikan paus dan harimau, kini muncul pula tiga ekor beruang di sekitar Terengganu.
Beruang yang dipercayai daripada spesies beruang matahari itu dilihat berkeliaran di sekitar Felda Belara, di sini sejak dua minggu lepas dan mula menceroboh kawasan kebun dan penempatan hingga memaksa penduduk mendapatkan bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu.
Susulan itu, Perhilitan mula memasang perangkap di beberapa lokasi dan hasilnya, seekor daripadanya telah berjaya ditangkap kira-kira 9.30 malam pada Isnin .
Seorang penduduk kampung yang menemui beruang terbabit, Mustaffa Tahir, 76, berkata beliau mula menyedari ia masuk ke dalam perangkap selepas mendengar bunyi bising dari belakang rumahnya.
Bagaimanapun, beliau dan beberapa ahli keluarga lain tidak berani menjenguk keluar kerana bimbang kejadian tidak diingi berlaku berikutan kawasan belakang rumah sangat gelap dan bercuram.
"Bunyi goncangan perangkap dan dengusan yang kuat membuatkan kami tidak berani turun ke bawah (belakang rumah) kerana bimbang beruang akan bertindak lebih agresif.
"Jadi awal-awal pagi tadi saya serta anak lelaki, Muhammad Yusri, 30-an, turun ke bawah untuk memeriksa perangkap dan lihat seekor beruang besar hitam sedang tidur di dalamnya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya.
Beliau berkata kehadiran beruang tersebut menyebabkannya kerugian lebih RM12,000 selepas 19 sarang kelulut dan enam batang pokok kelapa matang yang sudah hampir berbuah dimusnahkan oleh haiwan terbabit.
Mustaffa berkata perangkap tersebut baru sahaja dialihkan Perhilitan ke belakang rumahnya petang semalam kerana sebelum ini diletakkan di belakang rumah jirannya namun tidak berjaya memerangkap haiwan terbabit.
"Mungkin kerana umpan yang digunakan ialah sarang kelulut jadi cepatlah mengena," katanya yang telah memaklumkan kejadian itu kepada pegawai Perhilitan awal pagi Selasa.
Seorang lagi penduduk, Noriah Abdullah berkata beliau belum mampu menarik nafas lega kerana terdapat dua ekor lagi beruang yang masih berkeliaran di kawasan Felda berkenaan.
Beliau bersama beberapa ahli keluarga pernah melihat kehadiran tiga haiwan berkenaan yang sedang memanjat dan memakan buah nangka di belakang rumahnya kira-kira dua minggu lalu.
"Jarak antara rumah dan pokok nangka dekat sahaja iaitu kira-kira 10 meter dan memang jelas nampak tiga ekor beruang memanjat dan makan nangka di atas pokok.
"Saya fikir mungkin beruang itu sekeluarga kerana seekor bersaiz besar dan dua ekor lagi saiznya agak kecil sedikit daripada yang seekor lagi," katanya.
Sehingga kini, Bernama masih berusaha untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan penangkapan dan punca kehadiran beruang terbabit daripada pihak Perhilitan.
Sebelum ini, sepasang Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali di perairan Terengganu dengan kehadirannya dikesan berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh pada 16 Julai manakala pada 18 Julai, muncul 'pak belang' di Dungun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2019
Seekor beruang matahari yang berkeliaran di sekitar Felda Belara sejak dua minggu lalu berjaya ditangkap Perhilitan Terengganu di Felda Balara, Kuala Nerus, 23 Julai, 2019. - Foto BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Mei 2024
Jumlah dagangan melonjak kepada 6,332 lot daripada 3,684 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 49,699 kontrak berbanding 47,476 kontrak sebelumnya.
Prestasi ringgit setakat 17 Mei 2024
Indeks Harga Pengguna AS yang diumumkan semalam menunjukkan inflasi negara itu mereda kepada 3.4 peratus pada April daripada 3.5 peratus pada Mac.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Inflasi 2023 meningkat 2.5%, restoran, hotel penyumbang utama
Ketua Perangkawan Malaysia berkata, peningkatan perlahan inflasi pada tahun 2023 ini adalah selari dengan penyusutan kebanyakan harga komoditi global, gangguan bekalan yang mereda, kawalan harga dan pemberian subsidi untuk barangan terpilih.
Ekonomi suku pertama 2024, atas atau bawah 4 peratus?
KDNK suku pertama dijangka 4.0 hingga 4.2 peratus, adakah ia mampu dicapai dan apakah faktor yang menjadi penyumbang utama suku tersebut. Kupasan lanjut bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli.
Berita mahkamah perlu tepat, tidak tokok tambah - Peguam, wartawan
Wartawan perlu melaporkan berita yang tepat, tidak membuat tajuk sensasi dan mengelirukan, hanya untuk mendapat sambutan daripada pembaca.
Makan mayat: 'Jangan hampiri beruang liar' - Perhilitan ingatkan penduduk Pos Balar
Penduduk kampung termasuk masyarakat Orang Asli yang tinggal berdekatan Pos Balar, Gua Musang diingatkan agar tidak sesekali menghampiri beruang liar sekiranya ternampak kelibat haiwan itu.
Penduduk Orang Asli Pos Balar bimbang ancaman beruang
Penduduk kampung gempar dengan kehadiran seekor beruang yang dipercayai memusnahkan tanah perkuburan mereka.
Beruang musnah sarang madu kelulut, pengusaha rugi RM20,000
Selain log kelulut, haiwan liar itu turut merosakkan pagar yang dibina di kawasan madu kelulutnya itu.
Perhilitan pasang perangkap kamera kesan beruang, harimau di Kampung Bukit Merbau
Langkah itu susulan aduan penduduk kampung terhadap kehadiran haiwan liar berkenaan yang pernah dikesan di kawasan itu.
Beruang sesat cetus kekecohan, serang orang awam dan anggota tentera
Beruang itu menyerang seorang askar yang bertugas di Kem Pertahanan Diri di Okadama.
Beruang matahari ceroboh kampung, penduduk bimbang keselamatan keluarga
Penduduk yang sebelum ini tidak pernah diganggu haiwan liar yang ganas sejak tinggal di penempatan itu, mengakui kehidupan mereka agak terjejas sejak kebelakangan ini.
PKP: Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo terjejas teruk
Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo di Sandakan, diwujudkan sejak tahun 2008 dan diasaskan Dr Wong Siew Te, seorang ahli biologi hidupan liar.
Lepas paus dan pak belang, kini beruang muncul di Terengganu
Beruang yang dipercayai daripada spesies beruang matahari itu dilihat berkeliaran di sekitar Felda Belara, di sini sejak dua minggu lepas dan mula menceroboh kawasan kebun dan penempatan.
Perhilitan beri amaran jangan 'selfie' dengan harimau
Perhilitan mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri termasuk berswafoto jika terserempak dengan binatang buas.
Beruang tertidur dalam almari selepas 'kunci' pintu' dan mengamuk
Seekor beruang hitam ditemukan sedang tidur di dalam almari pakaian di sebuah kediaman di Montana, Amerika Syarikat.